MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membantu meningkatkan tahap profesinalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan 
    inovaif.
3. Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan 
    pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF PUSAT SUMBER

1. Menyediakan bahan buku dan bukan buku bagi membantu guru dan murid melaksanakan proses 
    pengajaran dan pembelajaran.
2. Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan
    murid.
3. Membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
4. Mewujudkan satu iklim atau suasana yang dapat menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan 
    murid. Kaedah pengajaran yang berbagai-bagai dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid.
5. Memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat.
6. Mengembangkan keyakinan diri kepada murid.
7. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca dan menyiasat melalui sumber.

PERANAN PUSAT SUMBAER SEKOLAH

1. Pusat ilmu kerana ia mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. Ia adalah pusat mengurus, 
    memperoleh, menghasilkan dan menyebar sumber maklumat.
2. Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. Ia juga
    menyediakan bahan-bahan pengajaran yang boleh digunakan secara individu ataupun berkumpulan.
3. Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru-guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan-kemudahan
    yang disediakan. Ia dapat menyediakan panduan, memberikan galakan kepada guru ataupun murid bagi  
    mencari, memilih, menghasilkan dan menggunakan media yang sesuai.
4. Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan.
5. Terdapat juga sumber kemahiran kepakaran, bahan-bahan rujukan dan digunakan dalam melaksanakan 
    aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


sumber rujukan : Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah
PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd
ISBN 983-3376-52-5
DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu tempat berkumpulnya ber bagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan penggunakan. Ia juga adalah tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan, serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang diurus secara sistematis.

Ia juga merupakan sebuah tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
sumber rujukan : Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah
PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd
ISBN 983-3376-52-5
KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH


     Pusat sumber sekolah (PSS) adalah seluruh kawasan sekolah. Ia adalah agensi penting di sekolah, yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah juga berperanan maningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
     PSS bukan tempat menyimpan bahan atau maklumat lama supaya diwariskan kepada murid. Tegasnya PSS perlu menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi mengukuhkan kemahiran asas dalam pembelajaran.
     PSS juga menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berpusat, mudah disebar dan digunakan oleh masyarakat sekolah. Ia juga sebuah tempat pelbagai maklumat yang diurus secara sistematik, oleh kakitangan terlatih. Ia bertujuan memberi perkhidmatan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Ringkasnya, konsep yang telah ditetapkan bagi PSS merangkumi:-
1. Kemudahan fizikal
2. Koleksi pelbagai bahan
3. Pengurusan yang teratur
4. Kakitangan media yang terlatih
5. Menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan


sumber rujukan : Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah
PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd
ISBN 983-3376-52-5